Wednesday, 21 September 2011

Angle Beats Mengajar Kita Erti Kehidupan..

 

kenapa animasi Angel Beats yang dipilih? Tak ada cerita lain ke?mesti ramai yg tertanya2 kn??kenape mesti anime mcam dh x ade cerite lain...
Persoalan yang menarik, Sebenarnya semuanya berkaitan dengan minat saya dan betapa banyaknya hikmah yang terkandung dalam sesebuah cerita itu. Tidak dinafikan, cerita melayu juga ada pengajarannya. Namun diriku ini sudah bosan dek cerita hantu yang terhasil bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan oleh kebanyakan pengarah MELAYU.


Kenapalah berlumba-lumba ke arah itu? Namun, minda masyarakat seakan tersepit dek persepsi yang dilontarkan oleh kebanyakan filem melayu kini.Sekadar alasan saya, kenapa saya lebih suka memilih animasi Jepun berbanding filem Melayu kini.


Ok, jom saya cerita tentang animasi Angel Beats ini. Dari tadi duk pusing-pusing pada benda lain..



Animasi ini sebenarnya berkisarkan kehidupan selepas mati. Pada permulaannya, Angel Beats membuka minda kita tentang suatu isu. Isu yang melanda kebanyakan masyarakat kita sekarang ini. Isu tidak menghargai nyawa sendiri. Tengok sahaja masyarakat muda kita, lumba haram, dadah, rokok. Tenang sahaja, walaupun mereka tahu perkara itu memudaratkan tetapi semua itu seakan tidak terkesan oleh hati mereka. Nyawa seakan tidak berharga lansung. Dunia ini ibarat syurga bagi mereka

Dalam siri Angle Beats, setiap karakter mereka mempunyai masa silam yang sedih. Sungguh memilukan, mampu menyebabkan air mata kita gugur bercurah-curah. Mereka hadir ke dunia itu kerana mereka tidak boleh menerima kematian mereka. Mereka hampir mencapai bahagia, namun segalanya tidak kesampaian. Mereka mati dalam keadaan mereka diperlukan..

Ada yang mati ketika melindungi adik-adik yang dirompak, ada yang mati ketika dalam perjalanan ke Universiti tetapi semasa menaiki kereta api, kereta api itu terperangkap dek tanah runtuh. Sungguh ketika mana mereka ingin mencapai bahagia itu, ketika itulah kematian menjemput mereka.

kesian kan??
Tapi nanti dulu...Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Justeru cerita ini mengajar kita tentang setiap kejadian itu ada hikmahnya. Macam kematian pelajar yang dalam perjalanan ke Universiti itu. Disebabkan kematian dirinya, satu nyawa yang lebih penting terselamat. Dia dermakan jantungnya kepada seorang gadis, lepas itu dia jumpa gadis itu di dunia selepas kematian..(time ini touching habis..~ berjurai air mata gugur pada masa itu).

Wa ka za lika aidhon(selain itu juga) terserlah intipati persahabatan, Iaitu mengutamakan sahabat kita dalam segala hal. Sungguh cerita ini banyak menunjukkan pengorbanan seorang sahabat demi kepentingan sahabatnya yang lain. Tak kira tika ditimpa musibah ataupun ketika bahagia menjengah. Sahabat itu yang diutamakan.

Wah, bestnya kalau ade kawan yang macam ini!


Last but not least, last but the most precious yang saya tak jumpa dalam animasi lain.Sifat Murah Hati. Sungguh dalam animasi ini menunjukkan sifat bermurah hati. Hatta saya pun tak mampu lagi nak menderma organ ini. Mungkin hati belum terbuka untuk ke arah itu.. kita sama-sama berusaha ke arah itu..

Utamakan sahabat dalam segala hal.  Hadirnya sahabat itu juga sebagai amanah. Sememangnya animasi ini penuh dengan hikmah, cuma terpulang pada kita sama ada nak ambil atau tak. Jadinya geng,jangan lah memperkecilkan anime yer..

yosh! rico chan
http://tukinmyteam.blogspot.com/2011/09/angle-beats-mengajar-kita-erti.html 
ini diambil dari blog ini ..



No comments:

Post a Comment